top of page

B   E   R   I   T   A         S   K  D   T

C O R E T A N       2 0 1 5

Mesyuarat Agung PIBG SKDT Kali ke -16, Sesi 2015/2016, 7/3/2015 bertempat di Dataran Ilmu SK Desa Tasik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyerahan sumbangan PIBG daripada Pusat Pakaian Hari-hari dan Bank Rakyat cawangan Sungai Besi, taklimat i-Think, persembahan murid-murid, pelantikan AJK PIBG kali ke 16 dan ucapan daripada YDP PIBG yang baharu. Tahniah kepada YDP Ustaz Abd Fatah B. Yusuf dan NYDP Encik Rosli B. Othman. Semoga PIBG SKDT terus mantap dan sukses untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid SKDT.

Laporan oleh : Nadia

2/3/2015, Isnin, Dataran Ilmu Sk Desa Tasik. Majlis penutupan Bulan Panitia Bahasa Melayu diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Selain itu, Majlis Pelantikan Guru Kecil untuk Program Iqra' Pagi. Anugerah kebersihan dan keceriaan kelas. Tahniah kepada guru kecil yang dilantik serta para pemenang.

 

Laporan oleh : Nadia

Bengkel Jejak Pemimpin melibatkan badan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas PPDa, pengawas SPBT, Bridget Bestari dan Ketua-ketua darjah serta penolong ketua darjah. Penceramah jemputan turut dijemput. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pn Hanita, GPK HEM SKDT. 28/2/2015 bertempat di Dataran Ilmu Sk Desa Tasik.

Laporan oleh : Nadia

Majlis Perpisahan guru-guru dengan warga SKDT. Seramai 4 orang guru bertukar ke sekolah yang lain. Jutaan penghargaan dan ampun maaf diucapkan kepada guru-guru semua. Guru tersebut ialah Puan Hajar, Puan Khuzaimah, Puan Norwani serta Encik Abd Rahman. Semoga terus sukses dan cemerlang di sekolah yang baru. (16/2/2015) bertempat di Dataran Ilmu SKDT.

 

                                      Jika ada sumur di ladang, 

                                           Boleh saya menumpang mandi, 

                                      Jika ada umur yang panjang,

                                          Boleh kita berjumpa lagi.   

 

Laporan oleh : Nadia

Penyerahan Piala Pusingan Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Bangsar kepada Tuan Azhari Bin Omar, Guru Besar SKDT. Pasukan Bola Baling Lelaki dan Perempuan berjaya merangkul Johan bagi zon Bangsar sekali gus menyandang johan keseluruhan kejohanan. Kejohanan telah diadakan pada 5-6 /2/2015 bertempat di SK Seri Saujana. Tahniah kepada pasukan bola baling!

Laporan oleh : Nadia

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk Pembangunan Insan daripada penceramah jemputan. Sesi perkenalan dan bacaan ikrar oleh guru-guru baharu SKDT. (7/2/2015) bertempat di Bilik Wawasan SKDT.                                                

Laporan oleh : Nadia

 

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 SESI 1/2015

TARIKH : 24 FEB 2015

JAM : 8.30AM – 1.00PM

 

PENCERAMAH : DR. ABDOL AZIZ SAHAT

 

 

Jawatankuasa Kecemerlangan tahun 6 bagi sesi 2015 telah melaksanakan program motivasi murid tahun 6 pada 24 Feb 2015 (Selasa). Sesi motivasi disampaikan oleh Yang berbahagia Dr. Abdol Aziz Sahat.

Di antara input yang disampaikan adalah melatih murid menguruskan masa dengan betul, meningkatkan motivasi dan penumpuan murid terhadap Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), pendedahan cara belajar yang berkesan dan mengamalkan kaedah permakanan yang sesuai sebagai calon peperiksaan.

 

Laporan oleh : Ramadan

Pada 25 Februari 2015, pertandingan syair telah diadakan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahhari  bersempena Bulan Panitia Bahasa Malaysia. Pertandingan ini diselia oleh Pn. Cik Ann dan jurinya pula ialah Pn Azhana dan En Rashidi. Peserta pertandingan terdiri daripada 13 orang murid tahun 5. Pemenang pula akan diumumkan semasa majlis penutupan Bulan Panitia Bahasa Malaysia semasa perhimpunan.

 

Laporan oleh : Mohd Alif Talha

C O R E T A N       2 0 1 4

bottom of page